Harapan Saya
    Hari ini, kita tidak dapat melarikan diri daripada mempelajari TM (Teknologi Maklumat) terutamanya golongan pendidik. Sebagai agen pengubah, para pendidik perlulah sentiasa mengikuti perkembangan dunia. Supaya ilmu kita berkembang dan dapat memenuhi kehendak semasa. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membimbing anak-anak murid kita supaya berjaya dalam hidupnya . Seterusnya dapatlah mereka memberikan sumbangan kepada masyarakat seterusnya kepada negara kita,Malaysia.

    "Guru Bestari, Sekolah Bestari" Temah Hari Guru menujukkan bahawa guru-guru perlu berusaha bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan dasar Sekolah Besteri dan Pendidikan Bertaraf Antara Bangsa.

        Kejayaan negara dan bangsa adalah tanggungjawab bersama. Jadi ibubapa dan murid-murid perlu berganding bahu dengan guru-guru. Sebab kejayaan adalah bermula dari individu kepada keluarga, diikuti negara dan akhir sekali kesejahtaraan dan kemakmuran dunia.

"Malaysia Boleh!!"
|Home Page|  |Biodata|  |Hobi|  |Kerjaya|
|Komputer|  |Sekolah|  |Hotlink |Nota|