Tajuk: Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian
Komputer
(Bahagian Sistem Rangkaian
Komputer yang meliputi jenis-jenis, senarai perkakasan dan alatnya, kebolehan
dan keupayaannya, perisian program dan lain-lain maklumat yang berkaitan
)
Tajuk-tajuk kecil
PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa
tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang
demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam
memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat.
Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer
peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa
(Internet).
Definasi
Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih
perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara
operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak
dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat
dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit.
KEBAIKAN
MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
-
Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan
(server) atau komputer pusat.
-
Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu
komputer ke komputer yang lain.
-
Berkongsi Perisian (Aplication)
dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi
seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan
memudahkan instalasi perisian.
-
Berkongsi data dan menjimatkan
masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau
lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna
yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
-
Berkongsi Pencetak, Pengimbas,
CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer
dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
-
Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke
komputer yang lain.
Sistem
Rangkaian Komputer
Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil |
Sistem Rangkaian
Komputer |
Saiz Kawasan
|
Contoh
|
1. |
Local Area Network (LAN) |
Kawasan Kecil (10km) |
Sekolah, makmal, dalam sebuah
bangunan. |
2. |
Metropolitan Area Network (MAN) |
Kawasan lebih besar
(10-50km) |
Bandar, negeri. |
3 |
Wide Area Network (WAN) |
Kawasan sangat besar (lebih daripada
50km) |
Seluruh dunia, negara,
Internet |
Rangkaian
Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih
berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi
perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan
di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
-
Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
-
Komponen-komponen LAN
-
Topologi LAN
-
Kesan dari LAN
A
. Jenis-jenis LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan
(Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).
Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan
pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak
dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
-
Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
-
Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
-
Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
-
Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
-
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data
yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk
menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.
Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
-
Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
-
Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
|
-
Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
-
Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin
keberkesanan sistem.
-
Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
|
2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan
perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows
98.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
-
Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya
perlu configurasi untuk peer to peer.
-
Sesuai untuk organisasi yang kecil.
|
-
Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
-
Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
-
Lambat berbanding dengan sistem client-server.
|
B.
Komponen-komponen
untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron
333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM
drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan
kad bunyi 16 bit 3D
2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas,
16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM
drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan
kad bunyi 16 bit 3D.
3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung
ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa
jenis NIC.
-
Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
10Base (RM 120)
-
Token Ring Card
-
LocalTalk Connector
4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut
adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil |
Jenis Kabel
|
Keserasian
|
Ethernet
|
Token Ring
|
Arcnet
|
FDDI
|
I |
Coaxial |
Ya |
Tidak |
Ya |
Tidak |
II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
Ya |
Ya |
Ya |
Tidak |
III |
Unshieled Twisted Pair (UTP) |
Tidak |
Ya |
Ya |
Tidak |
IV |
Fiber Optic |
Tidak |
Ya |
Ya |
Ya |
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bil |
Jenis Kabel
|
Kecekapan
|
Kelajuan
|
Ketahanan
|
Harga
|
I |
Coaxial |
Cepat |
Lebih Baik |
Sedang |
II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
Lebih cepat |
Baik |
Rendah |
III |
Unshieled Twisted Pair (UTP) |
Dapat diterima |
Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik |
Terendah |
IV |
Fiber Optic
|
Paling laju |
Kebal terharap interferen elektromagnetik |
Tertinggi |
Jadual Kecekapan Kabel
|
Jenis Kabel
|
Jenis Soket
|
I |
Coaxial |
BNC dan BNC T-Connector |
II |
Shieled Twisted Pair (STP) |
RJ-45 |
III |
Unshieled Twisted Pair (UTP) |
RJ-45 |
IV |
Fiber Optic |
ST Connector, SC Connector |
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip
wayar dan masukkan
wayar ke dalam soket.
b) Penguji rangkaian
(Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi
gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu
sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer
buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant)
yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan
rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan
bergerak (roaming).
Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda
lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio
dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain
untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless
adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware,
LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
-
Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
-
Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
-
Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang
berbeza(tidak selasi)
-
Mengelola permintaan layanan printer.
-
Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
-
Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi
jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups,
Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX
6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat
kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran
data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200),
Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih
rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang
serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza
dari segi pekakasan dan perisian.
8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan
maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge
dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
-
Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
-
Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
-
Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
-
Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi
Perisian versi rangkaian perlu untuk
penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian.
Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.
C.
Topologi
untuk rangkaian jenis LAN
Jenis-jenis Topologi Fizikal
-
Bas (Linear Bus)
-
Bintang (Star)
-
Cincin (Star-wired Ring)
-
Tree
i. Bas (Linear Bus)
Semua nod (file server, workstations
and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri.
Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod
pada kabel tersebut.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod
tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
-
Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
-
Murah.
-
Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
|
-
Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya
bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
-
Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang
belakang .
-
Sukar mengesan kerosakan.
-
Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
-
Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran
(collision) data
|
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector,
SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star)
Semua nodnya disambung terus ke hab
di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya.
Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang
(repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka
data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian
semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
-
Tiada perlanggaran (collision) data.
-
Mudah untuk mengesan kerosakan .
-
Mudah dikembangkan.
|
-
Penggunaan banyak kabel.
-
Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya
tidak dapat berfungsi.
-
Lebih mahal berbanding dengan linear bus.
|
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8
ports ,
Ethernet
Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya
adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk
bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar
secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai
ke destinasinya.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Penghantaran data laju.
-
Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
-
Masa untuk mengakses data optimal.
-
Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision)
data
|
-
Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
-
Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
-
Sukar mengesan punca kerosakan.
|
iv. Tree
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi
bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang
bas
Kelebihan
|
Kelemahan
|
-
Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian
idividu
-
Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
|
-
Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
-
Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian
lain.
-
Sukar dalam configurasi dan pendawaian
|
Jenis NIC : Ethernet Card,
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup
Rangkai setempat makin popular dan
luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak
digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan
berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian
LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka
utama.
Dari maklumat yang diperolehi dari
pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan
sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan.
Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang
adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.
|Home
Page| |Hobi| |Kerjaya|
|Biodata|
|Komputer|
|Sekolah| |Harapan|
|Hotlink|